Wednesday, 10 April 2013

Posted by Unknown on 04:32 No comments


PASTA AGLIO OLIO

Bahan-bahan:
300 gm                spaghetti
2-3 tbsp               olive oil
2 ulas                   bawang putih, dicincang
1 tsp                     chilli flakes
50 gm                   udang
50 gm                   sotong
50 gm                   kepah
1 tsp                     lada hitam
½ kiub                 pati ayam
Secukup rasa        garam dan lada sulah
20 gm                  daun parsli – dicincang halus - hiasan (digaul bersama pasta)


Cara penyediaan:
·       Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
·       Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.

·       Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
·       Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.

·       Siap untuk dihidangkan.



LASAGNE

Bahan-bahan:
60 gm                  keju Ricotta
10 gm                  keju Parmesan
1 biji                    telur
Secukup rasa        garam dan lada sulah
1 kotak                 kepingan pasta Lasagna
400 gm                sos Bolognaise (lihat di bawah)
60 gm                  keju Mozarella, disagat
10 gm                  keju Parmesan (untuk lapisan paling atas)


Cara Penyediaan:
1.      Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
2.      Setelah mendidih, masukkan kepingan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan bilas di dalam bekas berisi ais. Angkat dan toskan.
3.      Campurkan kesemua keju ricotta, parmesan dan telur. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
4.      Letakkan lapisan pertama kepingan pasta ke dalam loyang yang telah di glis minyak. Kemudian, lapis dengan sos Bolognaise untuk lapisan kedua. Letakkan kepingan pasta lagi untuk lapisan ketiga dan tuang campuran keju ricotta sebagai lapisan keempat.



5.      Ulang langkah di atas sehingga semua bahan-bahan habis digunakan. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan campuran keju ricotta. Taburkan keju mozzarella dan parmesan di bahagian atasnya.
6.      Bakar pada suhu 180-190ºC selama 45 minit. Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas daripada kering. Tetapi buka foil tersebut pada 15 minit terakhir untuk memerangkan lapisan atas lasagne.

 
SOS BOLOGNAISE

Bahan-bahan:
25 gm                  mentega
6 ulas                    bawang putih, dicincang
1 biji                     bawang Holland, dicincang*
20 gm                  lobak merah, dadu *                         mirepoix
20 gm                  seleri, dicincang *
1 helai                  daun bay
200 gm                daging lembu cincang
2 biji                     tomato concasse
2 tbsp                   tomato puri
½ tbsp                  oregano
Secukup rasa        garam dan lada sulah

Cara penyediaan:
1.      Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang.
2.      Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang.
3.      Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan oregano. Sesuaikan rasa.

                                              
 Chicken Ham Mushroom Macaroni With Cheese

Bahan-bahan

Macaroni                        125g
Butter                            15g
Fresh milk                      125g
Cooking cream              125g
Parmesan cheese            2 tbsp                
Button mushroom                  4 biji
Parsli                              30g
White pepper                secubit       
garam                             secubit
bawang putih                10g

Langkah memasak
  •     Panaskan kuali dan masukkan butter. Saute bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cendawan butang dan saute sehingga sedikit kekuningan.
  •          Masukkan sedikit susu segar dan juga heavy cream. Kacau secara perlahan-lahan
  •     Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga sedikit pekat.
  •         Masukkan macaroni yang telah direbus ke dalam kuali. Kacau
  •    Perasakan dengan lada puith dan sedikit garam.
  •        Sedia untuk dihidang. 

Categories:

0 comments:

Post a Comment