Saturday, 6 April 2013

Posted by Unknown on 04:58 No comments
OMELET


            2 biji telur
1 tbsp mentega
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼  bawang Holland (dipotong dadu)



Langkah penyediaan :

1.                   Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati.


2.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega


3.                   Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.


4.                   Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.


SUNNY SIDE UP
2 biji telur
1tbsp minyak masak



Cara penyediaan:
1.                   Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.

2.                   Panaskan minyak di dalam kuali.


3.                   Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.



 POACHED EGG

                2 biji telur

                ¼ periuk air

                1 ½ tbsp cuka
                 Secubit garam



                Cara penyediaan:
1.                   Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih.


2.                   Masukkan cuka dan garam ke dalam air


3.                 Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah.


4.                   Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.





FRENCH TOAST


                1 ½ tbsp mentega
                2 keping roti
                Garam


                Cara penyediaan:

1.                   Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali sebagai ‘trimmed’


2.                   Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga)


3.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.



5.               masukkan roti dan masak sehingga keperangan



SAUSAGE AND BAKED BEAN

                2 biji sosej
                2 sudu kacang panggang




                Cara penyediaan:

1.                   Rebus sosej dan toskan.



2.                   Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.


PANCAKE

bahan kering
                200g  tepung
                20g gula
                10g serbuk penaik
                ½ tsp minyak

bahan basah
                1 ½ biji telur
                330ml susu
                42g minyak masak


                Cara penyediaan:

1.                   Campurkan semua bahan kering dan diayak.
2.                   Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul  bersama susu dan minyak.


3.                   Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati.


4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat.

5.                   Tuangkan penkek di  tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle.

6.                   Masak penkek sehingga keperang-perangan.


7.                   Hidangkan bersama madu, mentega atau jem.


















Categories:

0 comments:

Post a Comment