Minggu nie…cik jiemie nak ajar macam mane nak hasilkan
pastri…tapi cik jiemie nk pesan pastikan sebelum buat pastri nie ikut sukatan
yang betul tau…maklumlah….bakeri nie xboleh main-main masuk je….karangkan xjadi
plak…mulalah nak salahkan cik jiemie yang comel nie…hahhaha…comel k???opkos lah
comel….kuikui…..okey…sekarang tibalah masa tuk mempersembahkan resepi…kihkih….selamat
mencuba semua…opsss…lupa plak….mula-mula cik jiemie nk ajar macam mne nak buat
pastri lapis nie…ad teknik die taw..
Sediakan doh dahulu dan simpan di dalam peti sejuk k,
chiller k…tujuan ye untuk rehatkan doh kte..maklmulah kte dah tumbuk dia…mestilah
dia pnt…so…kene lah rehat….hahahhaaha…biar segala gluten dia kembang baru doh
kte lembut….
|
|
Pastue..keluarkan dan roll sehingga nipis tau….
|
|
Biler dah nipis tue…boleh lah letakkan mentega pastri yg
bentuk segi empat tue btl-btl dekat tengah doh yang kita dah roll tadi…pastikan
sebelum tue kte bentukkan mentega kita dahulu..bentuk cam mane…segi empat
tau..
|
|
Lipat kiri dan kanan dan menutupi mentega kita tadi
|
|
Pastue lipat atas ngan bawah plak…dah siap kte simpan
dalam chiller…langkah nie kne ada 4step..kiri,kanan,atas,bawah
|
|
Pastikan die keras tau jangan lembut dah bawah kuar…kalau tak hancurlah pastri kita..roll
memanjang dan lipat dengan tiga bahagian… langkah nie plak 3
step..bawah,tengah,atas….ulang langkah dalam 3x untuk mendapat lapisan yang
cantik…
|
|
Pai ayam ( pastri
lapis )
|
Tepung gandum ( diayak) 200g
Marjerin pastry 150g
Mentega 50g
Air sejuk 125ml
Jus limau/krim tartar/cuka 5g
Garam 5g
Isian ayam :
Isi ayam 150g
Lik 1batang
Cendawan butang 70g
Mentega
1tbsp
Tepung 1tbsp
Stok ayam 50ml
Pasli (dicincang) 1tbsp
Thyme 2g
Minyak masak 4tbsp
Telur (rebus dan dihiris nipis) 1biji
Garam
Lada sulah
|
Menyediakan
pastri lapis
1. Sukat dan timbang kesemua bahan yang akan
digunakan.
2. Setelah
itu, bentukkan 150g pastri marjerin kepada empat segi panjang dan nipis.
Balut dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.
3. Seterusnya,
ayak tepung bersama-sama garam kedalam mangkuk adunan.
4. Gaul
serta ramas tepung dan 50g mentega sehingga menyerupai serbuk roti.
5. Selepas
itu, buat lubang ditengah-tengah tepung. Masukkan cecair sedikit demi sedikit
dan gaul rata sehingga menjadi doh.
6. Balut
doh tersebut dengan plastik dan simpan didalam peti sejuk selama 15 minit
sebelum digunakan.
7. Keluarkan
dan canai doh menjadi bujur.
8. Letakkan
marjerin pastri diatas 2/3 bahagian doh
9. Seterusnya,
lipat 1/3 bahagian yang tiada marjerin ke tengah. Tekan bahagian tepi pastri.
10. Canaikan
doh secara memanjang. Kemudian lipat dengan teknik buku (book turn)
11. Balut
doh dengan plastik. Rehatkan selama 15 minit didalam peti sejuk.
12.
Keluarkan doh dan ulangi langkah 8 dan 9 sebanyak dua kali.
13. Akhirnya,
rehatkan didalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan.
Memasak
isi ayam
1. Panaskan
minyak terlebih dahulu. Setelah itu, masukkan isi ayam dan masak seketika
selama 5 minit sehingga warna ayam keperang-perangan. Angkat isi ayam
tersebut.
2. Kemudian,
didalam kuali yng sama, masukkan pula lik dan cendawan, masak seketika,
angkat dan letakkan didalam bekas berasingan.
3. Masukkan
mentega, biarkan ia mencair. Kemudian masukkan tepung dan kacau sehingga
sebati. Masukkan stok dan kacau menggunakan whisk sehingga pekat. Setelah
itu, masukkan isi ayam tadi, lik, cendawan dan tambahkan daun pasli serta
thyme kedalam kuali.
4. Perasakan
bersama garam dan lada sulan. Masak sehingga sebati dan pekat.
5. Sejukkan
sebelum digunakan.
Menyediakan pai ayam
1. Sediakan
satu kuantiti doh pastri lapis.
2. Panaskan
ketuhar dan griskan acuan pai.
3. Canai
pastri menjadi 0.5 cm tebal. Bahagikan kepada dua keping.
4. Alaskan
acuan pai dengan sekeping pastri. Potong bahagian tepi acuan pai.
5. Seterusnya,
masukkan inti ayam kedalam acuan dan letakkan hirisan telur diatas inti.
6. Basahkan
bahagian tepi pai dan tutup dengan sekeping pastru lagi. Tekan perlahan tepi
pai untuk melekatkannya.
7. Gliskan
kuning telur (egg wash) pada permukaan pai.
8. Slit
bahagian tengah dan hiaskan dengan lebihan pastri. Bakar pada suhu 200 darjah
celcius sehingga warna keemasan.
|
|
Pastri
choux
|
Air
100ml
Mentega 45gm
Telur 1
biji
Tepung serbaguna (diayak) 60g
Garam 2g
Gula
1tsp
Inti cream :
Susu (disuamkan) 250ml
Telur 1biji
Kuning telur 1biji
Tepung kastard 15g
Tepung jagung 15g
Gula kastor 50g
Esen vanilla 3g
|
Menyediakan pastri choux
1. Didihkan air,
masukkan mentega bersama-sama gula dan garam.
2. Alihkan
periuk dari api dan masukkan tepung sekali gus.
3. Kemudian,
letakkan semula diatas api. Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi
periuk.
4. Angkat dan
alihkan adunan kedalam mangkuk adunan. Sejukkan
5. Kemudian,
masukkan telur perlahan-perlahan sambil memutar adunan sehingga sebati dan
licin
6. Dengan
menggunakan nozzle dan piping bag, paipkan menjadi bentuk puff dan eclairs.
Memasak inti krim
1. Pukul telur,
kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanilla
sehingga sebati.
2. Setelah itu,
tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan sehingga rata.
3. Masak diatas
api sederhana sehingga kastard mendidih dan agak likat.
4. sejukkan
dahulu sebelum digunakan.
|
|
Soft roll
|
Tepung high protein
(diayak) 190g
Tepung naik sendiri
(diayak) 50g
Marjerin 30g
Susu
100ml
Gula kastor 30g
Yis
6g
Telur
1biji
Garam 3g
|
1. Satukan kesemua tepung dan buat lubang
ditengah-tengah. Masukkan telur, yis, gula da susu.
2. Uli campuran tersebut sehingga menjadi
doh.
3. Masukkan marjerin dan teruskan menguli.
4. Akhir sekali, masukkan garam. Uli
sekata. Rehatkan doh selama 30 minit – 45 minit atau sehingga saiz menjadi
dua kali ganda.
5. Setelah direhatkan, pukul doh untuk
mengeluarkan angina dan potong doh kepada 35g setiap satu.
6. Uli doh menjadi bentuk bulat dan bakar
selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celsius.
|
|
Categories: bakeri
0 comments:
Post a Comment